Rabu, 18 Januari 2012

Simpulan Bahasa 

  •  Simpulan bahasa ialah gabungan dua patah perkataan yang mempunyai maksud yang tertentu. 
 Contoh: 
  • air muka          : rupa; wajah 
  • batu api           : orang yang menghasut
  • campur tangan : turut serta dalam urusan orang lain
  • keras kepala    : tidak mahu mengalah
  • murah hati        : pemurah
  • ringan mulut      : peramah
  • tangkai jering    : orang yang kedekut
  • terang hati        :  mudah memahami sesuatu yang diajarkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan