Teks 1
Tun Hussein Onn
Teks 2
Datuk Sheikh Muszaphar Idola Saya
Tun Hussein Onn
Allahyarham Tun
Hussein Onn dilahirkan pada 12 Februari I922 di Johor Bahru.
Selepas tamat persekolahan, beliau mendaftarkan diri dalam Angkatan
Tentera Johor. Pada tahun 1940, beliau menjalani latihan
ketenteraan di Akademi Tentera India, Dehra Dun.
Beliau pegawai
tentera yang berdedikasi, patuh akan arahan, dan
bertanggungjawab. Oleh sebab itu beliau sering dihantar oleh pentadbir British
berkhidmat ke beberapa buah tempat seperti di Timur Tengah dan di
New Delhi.
Semasa komunis
mengancam keselamatan negara, Tun Hussein Onn telah menubuhkan
Pasukan Kawalan Kampung. Beliau menjelajah ke
seluruh negara untuk mendapatkan anggota pasukan tersebut.
Beliau berjaya melatih l0 000 anggota pasukan.
Tun Hussein Onn
dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga. Semasa
beliau menjadi Perdana Menteri, banyak pembangunan dan
pembaharuan yang dilakukannya. Sumbangan beliau yang besar
ertinya terhadap perkembangan ekonomi dan perpaduan rakyat
seharusnya kita sanjung tinggi.
Nota: Karangan Biografi ialah karangan yang menceritakan riwayat hidup seseorang. Contohnya seperti riwayat hidup tokoh, guru, pelajar, ibu, bapa dan sebagainya.
Teks 2
Datuk Sheikh Muszaphar Idola Saya
Datuk Syeikh Muszaphar pernah menyertai misi bantuan kemanusiaan di Afghanistan pada tahun 2002 dan di Kemboja pada tahun 2003. Tindakan inilah yang telah membuka jalan ke arah pencapaian cemerlang beliau dalam bidang angkasa lepas.
Misi Datuk Syeikh Muszaphar ke angkasa lepas itu turut disertai oleh Komander Peggy Whitson dari America Syarikat dan juruterbang penerbangan, Yuri Malenchenko dari Rusia. Tempoh berada di ISS mengambil masa selama 10 hari. Sepanjang tempoh itu, beliau berjaya mengadakan tiga uji kaji. Uji kaji itu termasuklah kajian sel di angkasa, mikrob di angkasa dan pengkristalan protein. Selain mencatat sejarah sebagai angkasawan pertama negara, Datuk Syeikh Muszaphar mencatatkan sejarah sebagai angkasawan Islam yang pertama menjalani ibadah puasa dan menyambut Aidilfitri di angkasa lepas.
Soalan: Kenal pasti isi penting yang terdapat dalan teks.
Teks 3
Guruku Sayang
Cendawan tumbuh selepas hujan,
Hidup subur kayu mati,
Saban hari nasihat diberikan,
Agar mulia budi pekerti.
Pokok kenanga di tepi tasik,
Tempat hinggap burung tekukur,
Gigih dan tabah saat mendidik,
Ikhlas dan sabar waktu menegur.
Bunga anggerik segar di laman,
Menambah seri d tempat kediaman,
Semua pesanmu menjadi pedoman,
Menyuluh hidup sepanjang zaman.
Tumbuh melata ulam pegaga,
Hidup meliar di tepi paya,
Jasamu guru tidak terhingga,
Hendak kubalas tidak terdaya.
Soalan: Cari erti bagi perkataan yang berwarna merah.
Teks 4
Kejayaan Syarifah Mazlina
syarifah
mazlina syed abdul kadir memulakan persekolahan di sekolah rendah jalan
larkin 1 johor bahru kemudian beliau ke sekolah menegah sultanah tengku
aminah johor bahru di sana beliau aktif sehingga mewakili negeri dalam
sukan olahraga hoki dan taekwando
nama
sharifah mazlina mula menjadi sebutan apabila beliau berjaya melakukan
ekspedisi secara solo ke kutub selatan antartika pada tahun 2004
pengembaraan itu merangkumi jarak sejauh 1100 kilometer kejayaan itu
menjadikan beliau rakyat malaysia dan wanita asia yang pertama berjaya
melakukan cabaran itu. pada tahun 2007 syarifah mazlina melakukan ekspedisi menakluk kutub utara pada 17 april 2007
Soalan: Baca petikan di bawah ini. Betulkan kesalahan ejaan dan kenal pasti tanda baca yang betul. Tulis teks itu semula.
Soalan: Baca petikan di bawah ini. Betulkan kesalahan ejaan dan kenal pasti tanda baca yang betul. Tulis teks itu semula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan