BMM3105



Proforma BMM3105

Minggu 1
Penggunaan enjin pencari bahasa Melayu 
~ Menggunakan web, video, audio dan imej.
~ Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
~ Menyimpan bahan dalam fail internet dan katalog internet.

Senarai enjin cari / "search engine"


Minggu 2 
Menggunakan internet, enjin pencari bahan dalam pengajaran dan penbelajaran bahasa Melayu
~ Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video grafik dan teks.
~ Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.


Minggu 3
Aplikasi garis panduan dan etika penggunaan internet 
~ Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet.
~ Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam 'power point' atau brosur.


Tatacara Penggunaan Internet 


Minggu 4
Pemilihan bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
~ Memilih bahan satera.
~ Memilih bahan tatabahasa.
~ Memilih bidang ilmu lain. 




Minggu 5
Membina dan menggunakan tapak, laman web pembelajaran dan pakej tutorial pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
 ~ Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
~ Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
~ Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu.
~ Membina dan menggunakan pakej tutorial pembelajaran.


Minggu 6
Membina dan mengaplikasikan struktur perpautan dalam penyusunan bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
~ Struktur Hierarki
~ Struktur Komposit
~ Struktur Linear
~  Struktur Rangkaian


Minggu 7
Mengaplikasikan model pemprosesan maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
~ Bengkel Model Pembinaan Pemprosesan Maklumat.
~ Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran.
~ Membina bahan.


Minggu 8
 Pengajaran bahasa Melayu secara dalam talian dan luar talian
~ Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian.
~ Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran.


Minggu 9
 Mengedit bahan pengajaran Bahasa Melayu secara dalam talian menjadi brosur, newsletter dan kad pengumuman
~ Prosedur Pengeditan.
~ Prinsip pengeditan.
~ Melaksanakan pengeditan.
~ Aplikasi ke dalam pengajaran kemahiran bahasa.


Minggu 10
 Membina bahan video dan audio untuk pengajaran kemahiran bahasa Melayu
~ Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa.
~ Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio.
~ Membina bahan video dan audio.
~ Menggunakan perisian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar, bertutur dan membaca.


Minggu 11
 Pengajaran bahasa Melayu secara sidang video
~ Konferensi dalam talian.
~ Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Minggu 12
 Menggunakan alat pengarangan dalam pengajaran bahasa Melayu
~ Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
~ Aplikasi penyuntingan bahan bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan.

Minggu 13
Mereka cipta animasi persembahan bahan pengajaran bahasa Melayu
~ Menggunakan animasi perkataan dan objek 'Power Point'.
~ Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada internet.
~ Memanipulasi animasi dalam persembahan.


Minggu 14
Bengkel cakera padat pembelajaran dalam pengajaran bahasa Melayu
~ Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat.
~ Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu.
~ Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pembelajaran.


Minggu 15
Seminar dan pameran TMK dalam pengajaran bahasa Melayu dekad ini dan mendatang
 ~ Mengadakan seminar
~ Mengadakan pemeran




Model Pembelajaran

Model ASSURE

Model ASSURE diperkenalkan oleh Heinich et al pada tahun 1996. Enam langkah dalam model ini ialah:
A- Menganalisis Pengguna (Analyze Learners)
S- Menyatakan Objektif (State Objectives)
S- Memilih kaedah, media dan bahan (Select Methods, Media & Materials)
U- Menggunakan media dan bahan (Utilize Media & Materials)
R- Memerlukan penglibatan pelajar (Require Learner Participation)
E- Melakukan penilaian dan pengubahsuaian (Evaluate & Revise)

Menganalisis Pengguna
Golongan sasaran pengguna perisian serta sifatnya perlu dipastikan terlebih dahulu sebelum mereka bentuk perisian. Pembangun perisian perlu memastikan kandungan perisian yang dipersembahkan bersesuaian dengan golongan sasaran. Pembangunperisian perlu melihat pengalaman lepas, kecekapan pengguna, sikap pengguna dan cara interaksi pengguna sebelum merancang reka bentuk perisian. Pembangun perisian juga perlu membuat analisis media yang sesuai digunakan mengikut pengguna. Contohnya animasi dalam bentuk kartun amat sesuai digunakan bagi pelajar sekolah rendah.

Secara ringkas terdapat 3 perkara yang perlu difikirkan oleh pembangun perisian:
 
  • Menganalisis ciri-ciri umum pengguna seperti jantina, umur, tahap dan cara pembelajaran, taraf sosial dan bakat. Dengan mengetahui ciri-ciri ini,pengguna perisian dapat menjadikanya sebagai asas dalam pemilihan media dan bahan. Terdapat dua cara untuk mendapat maklumat tentang ciri-ciri umum ini iaitu melalui penelitian rekod dan interaksi. Interaksi membolehkan pembangun perisian menganalisis sikap dan latar belakang mereka. 
  • Menganalisis pengetahuan pengguna terhadap isi kandungan iaitu dari segi pengetahuan sedia ada, sikap dan kemahiran. Maklumat ini diperolehi daripada ujian kemasukan dan juga interaksi dengan pelajar. Guru tidak seharusnya mengandaikan semua pelajar mepunyai pengetahuan sedia ada yang sama. 
  • Menganalisis stail pembelajaran yang perlu digunakan bersesuaian dengan pengguna. Stail pembelajaran merujuk kepada bagaimana cara seseorang itu berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran yang akan memberi kesan kepada pelajar ketika mereka belajar. Salah satu instrumen yang digunakan ialah gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1992).



Menyatakan objektif pembelajaran

Pembangun perisian perlu menetapkan terlebih dahulu objektif pelajaran yang hendak di capai. Objektif ialah perubahan tingkah laku yang akan dicapai setelah pengguna menggunakan perisian ini. Menurut (Jamaludin et al 2001), objektif merupakan tahap minima apa yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif perlu dinyatakan secara jelas, bagi memastikan aplikasi perisian yang dibina mempunyai hala tuju yang jelas. Dalam membina objektif pembelajaran pembangun perisian akan merujuk kepada sumber-sumber berikut:
i) Dokumen seperti sukatan pelajaran, ringkasan kurikulum, buku teks atau ulasan pakar.
ii) Harapan pembangunan perisian terhadap perubahan tingkah laku pengguna yang ingin dicapai hasil daripada proses menggunakan perisian pembelajaran.



Pemilihan kaedah, media dan bahan

Dalam langkah ini pembangun perisian harus memastikan kandungan yang dirancang bersesuaian dengan pengguna, objektif dan kurikulum. Bagi perisian pengajaran di peringkat sekolah, pembangun perisian seharusnya merujuk kepada dokumen seperti sukatan pelajaran, ringkasan kurikulum, buku teks atau lain-lain dokumen sebagai panduan, supaya perisian yang dibina tidak tersasar. Pembangun perisian seharusnya merancang bahan serta kaedah penyampaian yang sesuai. Pemilihan kaedah serta bahan yang bersesuaian dengan pengguna penting bagi mencapai objektif pembelajaran dan menanam minat pengguna. Selain daripada itu, faktor kebolehan pengguna, sumber yang sesuai dan kemudahan yang ada perlu diambil kira.

i. Memilih kaedah
Kaedah dalam konteks ini bermaksud cara yang digunakan untuk mempersembahkan maklumat. Pembangun perisian perlu memilih kaedah yang sesuai dalam membentuk corak pengajaran perisian multimedia. Disebabkan terdapat pelbagai peringkat dalam pengajaran, pembangun perisian perlu memilih kaedah yang bersesuaian dengan peringkat pengajaran. Untuk memilih kaedah, pembangun perisian perlu mengkaji perkara-perkara seperti objektif, kandungan pelajaran dan kumpulan sasaran.

ii. Memilih media
Media adalah perantara. Media merujuk kepada apa sahaja bahan yang menjadi perantaraan antara penyampai dan penerima. Contoh media ialah filem, surat khabar, radio dan televisyen. Dalam memilih media, terdapat dua jenis bentuk media yang perlu difikirkan iaitu:
a) Media sedia ada
Media sedia ada bermaksud media yang telah terbina dan hanya perlu dimanipulasikan sahaja.
b) Media dibina
Media yang perlu dibina oleh pembangun perisian. Media yang dipilih perlulah:
  • Sesuai dan sepadan dengan kurikulum
  • Menggunakan perkataan sesuai dan tiada kesalahan bahasa
  • Dapat memotivasi pelajar serta menggalakkan penglibatan pelajar.
  • Mempunyai maklumat yang tepat berkualiti dan terkini.
  • Mempunyai aspek tenikal yang berkualiti.
  • Mempunyai aspek nilai murni.
  • Dapat merangsangkan daya pemikiran.
 

Menggunakan media dan bahan pembelajaran

Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah fasa yang cukup penting. Jika media gagal digunakan dengan baik, impaknya negatif terhadap persembahan. Media yang digunakan seperti teks, animasi, grafik, video dan audio perlulah dirancang agar ia bersesuaian dengan kehendak pengguna dan kandungan pelajaran yang dipersembahkan. Media yang digunakan seharusnya memberi kesan yang positif terhadap motivasi serta minat pengguna dan kesesuaian kepada persembahan.



Penglibatan pelajar

Penglibatan pelajar yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi menjamin proses pemindahan ilmu berlaku secara sempurna. Perisian pembelajaran seharusnya dapat membentuk keadaan yang sesuai dengan pengguna, efektif serta dapat menarik minat pengguna. Pembangun perisian perlu memerhati, berbincang serta mendapat maklum balas terhadap keupayaan perisian dalam merangsang penglibatan pelajar yang aktif.



Melakukan penilaian dan pengubahsuaian

Untuk menentukan keberkesanan perisian pembelajaran, perisian perlulah dinilai. Proses penilaian juga membolehkan pembangun perisian membuat pengubahsuai perisian bagi membaiki kelemahan dan kecacatan yang terdapat dalam perisian supaya memenuhi kehendak pengguna. Secara keseluruhan penilaian melibatkan aspek:
i. Menilai kepuasan pengguna
ii. Menilai aspek pembelajaran dan pengajaran
iii. Menilai media dan kaedah yang digunakan







Tiada ulasan:

Catat Ulasan