Latihan

Latihan 1

Arahan: Isi tempat kosong dengan kata tanya yang paling sesuai.


1. Di _____kah Datuk Dr Sheikh Muszaphar mendapat latihan ketenteraan?
    ( mana / apa )

2. _____kah yang memenangi anugerah Olahraga Kebangsaan 2010?
    ( Apa / Siapa )

3. _____kah upacara penganugerahan olahragawan itu diadakan?
    ( Bila / Siapa )

4. Dato' Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia yang ke _____?
    ( apa / berapa )

5. _____kah beliau digelar Wira Samudera?
    ( Bagaimana / Mengapa )





Latihan 2

Arahan: Pilih simpulan bahasa yang betul.


1. Orang yang ( baik hati / keras hati ) akan mendapat banyak kawan.


2. Kakak perlu makan ubat herba itu ketika ( perut kosong / tin kosong ).


3. Kami membawa ( buah tangan / makan angin ) untuk datuk dan nenek di kampung.


4. Saya tidak dapat membaca surat yang ditulis oleh Susan itu. Tulisannya ( kaki ayam / cakar ayam ).


5. Semasa cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga ( makan angin / buah tangan ) ke Kuala Terengganu.


6. Siti sangat sayang akan gurunya itu kerana beliau sering ( ambil berat / ambil hati ) tentang pelajarannya.


7. Abang sering dimarahi ayah kerana sikapnya yang ( besar hati / besar kepala ).





Latihan 3

Arahan: Pilih ayat yang betul bagi maksud simpulan bahasa di atas.

1. Berat mulut


2. Kaki bangku


3. Tangkai jering


4. Ayam tambatan


5. Telinga kuali


Tiada ulasan:

Catat Ulasan