Khamis, 19 Januari 2012

Ayat tanya
  • Kata tanya digunakan untuk membentuk ayat tanya.
  • Ayat tanya ialah ayat yang ditandai dengan tanda soal (?) di akhir ayat.
  • Ayat yang digunakan untuk menayakan sesuatu hal.
Contoh:
  • Di manakah kanak-kanak malang itu tinggal?
  • Siapakah nama murid baru itu?
  • Berapakah harga durian itu?
  • Mengapakah kamu bersedih?

Rabu, 18 Januari 2012

Simpulan Bahasa 

  •  Simpulan bahasa ialah gabungan dua patah perkataan yang mempunyai maksud yang tertentu. 
 Contoh: 
  • air muka          : rupa; wajah 
  • batu api           : orang yang menghasut
  • campur tangan : turut serta dalam urusan orang lain
  • keras kepala    : tidak mahu mengalah
  • murah hati        : pemurah
  • ringan mulut      : peramah
  • tangkai jering    : orang yang kedekut
  • terang hati        :  mudah memahami sesuatu yang diajarkan

Isnin, 9 Januari 2012

Tanda Baca

  • Tanda baca ialah simbol atau tanda yang digunakan untuk memberri isyarat kepada pembaca supaya melakukan sesuatu dalam bacaan.
  • Ia diletakkan di tempat-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya.
  • 3. Tanda baca utama ialah :
    • Tanda Noktah atau titik   ( . )
    • Tanda koma                 ( , )
    • Tanda tanya atau soal   ( ? )
    • Tanda seruan                ( ! )
    • Tanda sempang atau sengkang  ( - )